FAQ - Government
Produk : GOF (Generic Order Fulfillment)
Kategori Ralat : Ralat DataPunca : Data tidak dimuat naik ke sistem
Resolusi : Dokumen akan dimuat naik ke skrin Buletin Tindakan Pengguna berkenaan
Jangkaan Resolusi : 3 Hari Bekerja
Kebarangkalian Lain Punca Permasalahan :-
1. LO terbatal secara automatik : LO tersebut tidak akan dipaparkan di Buletin Tindakan Pengguna.
2. Kesilapan Pengguna : Pengguna tidak tahu status sebenar permintaan.
3. Profil Pengguna : Pengguna mempunyai 2 profil di PMS (Profile Management System); menyebabkan permintaan disenaraikan di profil yang mempunyai nombor kad pengenalan yang salah
Produk : SPB (eSPKB)
Kategori Ralat : Pemberitahuan
Punca : Sistem eP tidak menerima maklumbalas dari eSPKB dalam tempoh 2 minit semasa
proses Komitmen Buku VOT(Penggiliran Kelulusan).
Resolusi : Pelulus perlu meluluskan semula permintaan.
Produk : GOF (Generic Order Fulfillment)
Kategori Ralat : Pemberitahuan
Punca :
1. Sistem eP menjana nombor LO secara automatik semasa proses penggiliran kelulusan permintaan tetapi LO tersebut akan terbatal secara automatik jika eP tidak menerima maklumbalas dari eSPKB dalam masa 2 minit (SPB 1007).
Resolusi : Pelulus perlu meluluskan semula permintaan. Sistem akan menjana nombor LO yang baru apabila Pelulus meluluskan semula permintaan tersebut.
2. Pelulus menolak permintaan yang penggiliran kelulusan telah gagal sebelumnya, mengakibatkan LO yang dijana secara automatik terbatal.
Resolusi : Pengguna perlu mencipta semula permintaan dari awal.
Produk : SPB (eSPKB)
Kategori Ralat : Pemberitahuan
Punca : Peruntukan dikesan oleh sistem eSPKB tidak mencukupi bagi item di dalam permintaan.
Resolusi : Pengguna perlu menghubungi eGAG Helpdesk di talian 03-8882 1455 atau e-mel
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it untuk maklumat lanjut mengenai bajet jabatan kerajaan.
Kebarangkalian Lain Punca Permasalahan :-
1. Kesilapan Pengguna : Pengguna menggunakan Kod Aktiviti yang salah bagi item semasa proses penciptaan permintaan.
Produk : SPB (eSPKB)
Kategori Ralat : Lain-lain
Punca:
1. Pesanan Tempatan (PT) telah ditolak/dibatalkan di sistem eSPKB. LO tidak dibatalkan di eP kerana status masih Menunggu Padanan Pembayaran/Penggiliran Padanan Pembayaran Gagal.
Resolusi : Pengguna perlu memasukkan semula data di PT di sistem eSPKB dan kemudian memadankan semula LO di sistem eP. Jika masalah masih berlaku, pengguna perlu menghubungi eGAG Helpdesk di talian 03-8882 1455 atau e-mel
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it untuk penyelesaian selanjutnya.
2. Pelulus telah membatalkan penggiliran kelulusan permintaan dan meneruskan dengan semakan peruntukan secara manual sehingga ke peringkat padanan pembayaran.
Resolusi : Pengguna perlu memasukkan semula data di PT di sistem eSPKB dan kemudian memadankan semula LO di sistem eP.
Produk : CRD (Smart Card)
Kategori Ralat : Pemberitahuan
Punca : Kad pintar tidak aktif kerana kad pintar yang digunakan telah tamat tarikh luput.
Resolusi : Pengguna perlu membuat permohonan kad pintar baru dengan mengisi Borang Permohonan Kad Pintar dan sertakan satu salinan kad pengenalan pemohon kepada :-
Government Integrated Network Telecommunication (GITN) Sdn. Bhd.
Tingkat 30 & 31 Menara Telekom
Jalan Pantai Baru
50672 Kuala Lumpur
(Unit Pendaftaran Kad Pintar)
Tel: 03-2240 0708
© Copyright 2011 Government of Malaysia. Maintained by Commerce Dot Com Sdn Bhd
Best viewed using Internet Explorer 8, Mozila Firefox 7 and Chrome 16 with 1024x768 screen resolution